Merenung taqwim bulananku, nyatanya sudah 2 minggu aku miss.. Berdebar sikit dada ini. Takkanlah aku hamil lagi di usia lewat arba`in ini. Diulit resah berbaur cemas dan teruja, membayangkan Afiq akan ber `adik`, aku akhirnya singggah di farmasi berhampiran sekolah . Urine tester itu kusembunyikan dalam poket paling dalam dalam hand begku. Walau dalam tahuku hasil ujian lebih nyata pada awal pagi, tapi aku terus melakukannya petang lewat sekolah itu. Allahuakbar... kedua2 band di paparan alat itu tegak hidup berdiri. Aku mengandung lagi...
Sebenarnya tiada yang lebih kubimbangkan lebih dari ancaman keguguran. Selepas Afiq, sudah 2 kali aku kecewa. Aku turun darah pada fasa pertama kandungan lagi. Dan bila ia mula berlaku, ia tidak akan tahu untuk berhenti walaupun aku mengambil rehat secukupnya. Doktor cuba2 mengagak aku makan ubat atau naik turun tangga atau bekerja kuat sehingga menyebabkan ia berlaku. Dan seingat daya akalku yang terbatas ini, memang hari sebelumnya ( 6 Jan 10 ) aku seolah lupa diri kerana terkejar2 waktu untuk melihat gerhana matahari yang kian meluput. Menggesa anak2 supaya tidak terlepas menyaksikan kekuasaaan Allah swt atau fenomena alam mengikut pandangan mereka yang tidak mengaitkannya dengan Pencipta Yang Maha Agung, aku merasa sangat kuat naik turun tangga mempastikan sudut pandangan yang terbaik- di balkoni atas atau di porch bawah. Dan esoknya di sekolah aku mula merasa derita sakit di bahagian belakang - seperti memulas2. Sedikit cemas, menyelit di bilik kuri - aku dapati ada sedikit darah.
Aku tidak mahu menangis. Dan airmata pun enggan menitis lagi. Kukeraskan semangat memberitahu Nuni guru didepanku yang banyak mengongsi harapan denganku untuk mendakap bayi comel merah hujung tahun ini - nampaknya harapan itu akan berkecai pergi bersama titisan2 darah yang kurasa semakin banyak. Aku terus ke al nisa` . Paparan scan menunjukkan janin dalam rahimku masih elok dan peratus untuk selamat masih tinggi jika aku berehat di rumah. Cuti dua hari tapi tidak sepenuhnya kerana aku terpaksa menghantar Afiq ke sekolah setiap pagi dan mengambilnya pulang di sebelah tengahari. Terpaksalah berpura2 ke sekolah untuk mengelakkannya ponteng kerana mahu bersamaku di rumah.
No comments:
Post a Comment