Merenung taqwim bulananku, nyatanya sudah 2 minggu aku miss.. Berdebar sikit dada ini. Takkanlah aku hamil lagi di usia lewat arba`in ini. Diulit resah berbaur cemas dan teruja, membayangkan Afiq akan ber `adik`, aku akhirnya singggah di farmasi berhampiran sekolah . Urine tester itu kusembunyikan dalam poket paling dalam dalam hand begku. Walau dalam tahuku hasil ujian lebih nyata pada awal pagi, tapi aku terus melakukannya petang lewat sekolah itu. Allahuakbar... kedua2 band di paparan alat itu tegak hidup berdiri. Aku mengandung lagi...
Sebenarnya tiada yang lebih kubimbangkan lebih dari ancaman keguguran. Selepas Afiq, sudah 2 kali aku kecewa. Aku turun darah pada fasa pertama kandungan lagi. Dan bila ia mula berlaku, ia tidak akan tahu untuk berhenti walaupun aku mengambil rehat secukupnya. Doktor cuba2 mengagak aku makan ubat atau naik turun tangga atau bekerja kuat sehingga menyebabkan ia berlaku. Dan seingat daya akalku yang terbatas ini, memang hari sebelumnya ( 6 Jan 10 ) aku seolah lupa diri kerana terkejar2 waktu untuk melihat gerhana matahari yang kian meluput. Menggesa anak2 supaya tidak terlepas menyaksikan kekuasaaan Allah swt atau fenomena alam mengikut pandangan mereka yang tidak mengaitkannya dengan Pencipta Yang Maha Agung, aku merasa sangat kuat naik turun tangga mempastikan sudut pandangan yang terbaik- di balkoni atas atau di porch bawah. Dan esoknya di sekolah aku mula merasa derita sakit di bahagian belakang - seperti memulas2. Sedikit cemas, menyelit di bilik kuri - aku dapati ada sedikit darah.
Aku tidak mahu menangis. Dan airmata pun enggan menitis lagi. Kukeraskan semangat memberitahu Nuni guru didepanku yang banyak mengongsi harapan denganku untuk mendakap bayi comel merah hujung tahun ini - nampaknya harapan itu akan berkecai pergi bersama titisan2 darah yang kurasa semakin banyak. Aku terus ke al nisa` . Paparan scan menunjukkan janin dalam rahimku masih elok dan peratus untuk selamat masih tinggi jika aku berehat di rumah. Cuti dua hari tapi tidak sepenuhnya kerana aku terpaksa menghantar Afiq ke sekolah setiap pagi dan mengambilnya pulang di sebelah tengahari. Terpaksalah berpura2 ke sekolah untuk mengelakkannya ponteng kerana mahu bersamaku di rumah.
splash water
Monday, January 25, 2010
Saturday, January 9, 2010
Kak Asma` - sekuntum bunga yg hampir layu
Semalam sebaik usai solat maghrib , berkira-kira memulakan ma`thurat, Afiq pula merebahkan kepada kecilnya di ribaku, handsetku tiba-tiba menarik perhatian. Tasnim bergegas menyambutnya - ternyata adikku Jamilah - kutelah dengan deria dengar anugerah Allah Yang Maha Pemurah - mengkhabarkan berita sedih bahawa Kak Asma` sedang terlantar di wad hospital- berperang dengan derita gila sel kanser yang nyata telah menggomol sekujur tubuh lemahnya.
Kak Asma` Kak Asma - nama itu sangat indah seindah sejarah Islam memaparkan kisah seorang gadis yang sanggup ditempeleng oleh musuh Allah sehingga tercabut anting2 di telinganya. Hanya kerana menahan rahsia hijrah seorang Nabi akhir zaman. Asma bint Abi Bakar al Siddiq. Seorang gadis yang mulia dari sebuah keluarga yang mulia yang ayahandanya lelaki pertama memeluk Islam dan yang sifatnya sentiasa membenarkan ...
Asma` ini walaupun tidak sehebat Asma` bint Abi Bakr itu namun beliau sangat istimewa dalam hidupku. Aku mula mengenalinya sewaktu sudah menginjak ke tengah remaja hampir dewasa. Di anak-anak tangga universiti, kami mengatur langkah membina diri, mengenal lemah dan kuat hati budi masing, menjalin tali kuat ukhuwwah, menahan sedih difitnah teman sahabat sendiri terutamanya ditengah2 pergolakan jamaah Islam yang mencari identiti memadankan kumpulan masing2 dengan ciri2 jamaah Islam yang sebenar. Masing2 tidak mahu mengalah kepada kumpulan yang lain menyebabkan timbulnya ruh yang ganjil di antara kami - alangkah peliknya bila masing2 menyuarakan suara Islam di tengah pentas tetapi menarik muka semasa bersemuka secara personal.
Kak Asma, Alangkah jauh bezanya dunia remaja yang segar dengan idea yang ideal tapi rapuh dengan pengalaman jika dibandingkan dengan situasi kini yang menjejak dunia realiti berdepan dengan cabaran semasa penuh membentuk sejarah sebenar hidup ini. Kita bertemu lagi tetapi tidak mampu berbicara ceria seperti dulu. Di katil wad 3 utara usm kubang kerian kau terlantar dengan bantuan oksigen dan tangan kiri di sambung wayar penyambung darah hayatmu. Tiada kata2 selain bisikan lemahmu menandakan kau sedari kehadiranku di sisi. Tanganmu menggenggam kemas tanganku mengalirkan tautan ukhuwwah yang tidak pernah luntur dari memori hidupku. Kau dulu yang sangat menkagumkan diri ku.. bacaan al quranmu yang sangat meruntun hatiku . Menunggu2 aku saat kau bangun sehabis iqamat untuk mengimamkan solat di asrama aium nilampuri.
Aku hanya mampu merebahkan kepalaku ke dadamu menahan sebak tangis di hati. Tidak malu lagi airmata ini mengalir. Tidak tertahan lagi alirannya. Kak Asma` juga menangis tanpa suara hanya aliran airmata sahaja berjujuran dari tepi kedua-dua kolam matanya.
Ya Allah.. Engkau Yang Maha Pemurah, Maha Merahmati... Kasihanilah hambaMu ini.. berilah kekuatan kepadanya untuk meredhai segala ketentuanMu.. Jadikanlah kesakitan tanggungannya sebagai kaffarah perjalanan hidupnya dan tanda cinta terpilihmu terhadapnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)