splash water

splash water

Monday, December 14, 2009

Bersama anak2 tercinta

Menyusuri cuti panjang ini, aku telah cuba bersedia sebaik mungkin. Memanafaatkan masa berkualiti untukku menambah akaun ibadatku - aku berazam untuk menghabiskan 30 juzuk al quran, cara paling mudah tentunya setiapkali usai solat fardu - sekurang2nya 4 mukasurat alquran perlu kuhabiskan. Bermakna dalam sehari aku dapat membereskan satu juzuk dan dalam masa sebulan tentunya 30 juzuk al quran.

Mengatur diri sendiri berbunyi agak mudah.

Bagaimana dengan anak2ku? Ada 3 orang lagi yang masih di usia mentah. 2 di sek rendah masing2 tahun 4 dan 5 ( tahun ini ). Dalam beberapa hari lagi, akan melangkah ke tahun 5 dan 6. seorang lagi yang bongsu, akan menjejak ke tahun 1.3 orang inilah permata hatiku, agak nakal, banyak kerenah, susah dilayan berbanding dengan 4 orang yang sudah agak dewasa. Mungkin aku sedikit lelah kerana mamahan hari2 pertengahan 40an ini . Kadang2 pening berpusing2 meladeni telatah mereka.

Hari ini berjanji untuk membawa mereka ke splash water. Bertolak lepas asar tapi kemeriahan sudah berbahang sejak jam3 sebaik aku pulang dari sekolah kerana ada kelas tambahan untuk pelajar ting 4. Masing2 sibuk mengemaskan baju persalinan dan kain tuala selepas mandi dalam beg masing2.

Kemeriahan begitu hangat terasa. Dalam setiap luahan kata, tingkah dan rasa. Solat asar pun tidak terlengah seperti biasa. Aku yang lelah setiap saat hari ini berbaur hiba. Antara keinginan memenuhi setiap keperluan mendidik anak2 dan keletihan di usia arba`in ini. Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.
Sambil memerhati mereka bermain air di dalam kolam, sejenak aku teringat sabda Rasulullah saw bermaksud :" Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah ". Sementara dalam isnad yang jayyid pula, Junjungan saw bersabda yang maksudnya : " Segala sesuatu dengan tidak menyebut nama Allah, maka ia adalah senda gurau belaka kecuali 4 perkara iaitu berjalannya seseorang diantara 2 tujuan ( untuk memanah ), latihannya dalam menunggang kuda, bermain dengan keluarganya dan belajar renang "
Kepada ibu2 mahupun bakal2 ibu, ketahuilah tanggungjawab kita untuk memberi pendidikan yang terbaik pada anak2 kita. Berilah peluang untuk mereka bermain melekakan diri melepaskan lelah menguatkan otot dan minda agar lahir nanti generasi mukmin yang kuat fizikal dan kejantanan mereka melepasi segala kekuatan jahat jahiliah .

No comments:

Post a Comment

Followers