splash water

splash water

Sunday, December 27, 2009

[ SajiOnline V2 - Resipi Berinformasi ]

[ SajiOnline V2 - Resipi Berinformasi ]: "Daftar Masuk"

kalu x guna ovellete pun kek jadi tp kurang gebunya..

Saturday, December 19, 2009

membawa diri

Aku sekarang berada di bilik 16 floor 13 pearl international hotel di jalan Klang Lama. Bertolak dari kb jam 9 am . Afiq tak mahu menemaniku di airport. Begitu juga dengan tasnim. Barangkali takut menghadapi pemergianku. Atau aku yang takuta? Agak lama - 10 hari. Tiba di klia jam 10. Ke hotel dengan menaiki van tambang 160.00 untuk 6 orang. Sampai di hotel baru jam 11.30. Tak boleh check in lagi. Perut terasa bergolak lapar. Baru teringat aku belum sarapan lagi kerana sedikit teruja berpisah dengan anak2. Pusing2 semua kedai makan cina. Cuba menjenguk keluar hotel . Ada gerai mamak. Alhamdulillah, nasi dan kari ikan mamak le juadah tengahari aku. Lupa nak bagitau, teman sebilikku Us Yuzalina dari mpi.



Terpaksa menunggu selama hampir 2 jam utk check in. Akhirnya pukul 2.15 berjaya juga merebahkan sekejap badan ke katil. Tapi aku tak mahu terus lena. Rindu untuk bertemuMu Ya Allah menerjah setiap ruang hatiku. Segera membersihkan diri, sujud padaNya di kesempatan yang ada ini. Di akhir bertempoh tahiyyat , aku sujud syukur kerana Allah telah membawa aku selamat disini. Mengambil kesempatan masa terluang perpisahan ini, aku sempat menghabiskan surah al Ra`d.



Temanku telah lama berdengkur...


Mesyuarat pertama

Bermula jam 9.30 mlm sebaik selesai taklimat. Pemeriksa bergerak kebilik "break up " . Lupa nak bagitau aku dilantik sebagai pemeriksa kertas bat spm. Tak pernah mohon sebelum ini kerana aku jenis yang tak boleh berpisah dengan buah hatiku - anak2ku. Tapi kali ini, kebetulan ust nailah menolak dan meminta aku menggantikannya - maka beradalah aku di sini. Tercangok2 dalam kerinduan.

Ada 5 orang ustaz dan 2 ustazah termasuk aku. Ketua pemeriksa ialah Us Jusoh dari Naim. Mereka suka bergurau... asyik usik mengusik. Ketawa berpanjangan. Aku? Bukan jenis itu. Serius, sukar bergurau berlebih, fokus pada kerja, tiba2 menjadikan aku terasing menyendiri dalam keriuhan. Ya Allah, berilah aku kekuatan mengawal suasana ni agar aku dapat bekerja sebaiknya mencari redhaMu.
Mula menanda
bukan sesuatu yang mudah... Aku terpaksa membaca skrip, mencari mana kesalahan, memadankan dengan skema..memberi markah, mengira jumlah markah setiap orang calon.. Tertekan dengan suasana ini dikelilingi oleh orang2 yang sebelum ini tidak kukenali... Terpaksa bersama dengan ustaz2 .Hanya aku berdua sahaja perempuan dalam kumpulan negeri Kelantan.
Tekanan begitu dirasakan terutamanya bila beberapa orang diantara mereka melakukan penandaan dengan cepat, mengejar waktu yang diperuntukkan, tergesa2 sehingga aku sendiri banyak terbabas dalam penjumlahan markah. Aku lihat kumpulan2 yang lain bergerak seiring dengan pergerakan masa berbeza dengan kumpulan aku yang siap lebih awal, tetapi terpaksa menanggung risiko membuat pembetulan. Pengajarannya : jangan terikut arus, tetap dengan prinsip , belajar melalui pengalaman..
Bertemu kembali setelah berpisah.
Memori yang sangat indah ingin kulipat dalam diari hidupku. Berjumpa kembali dengan adik2 KIK setelah lebih 20 tahun berpisah. Mereka adalah group usrah adik2 yang pernah melalui kehidupan muayasyah yang sama di bawah bumbung KIK selama hampir 4 tahun kami di sana. Noritta ( mantan Ketua Umum ), Hasmah ( Jannah) lembut spt dulu, Wan Nazidah - loghat Teganung nya tidak mengeringkan gusi dan Hawa ( anak Pengiran Sarawak ) -kini menjawat jawatan penting di JAKIM mengawal buku2 di Malaysia.
Hari terakhir
29/12 Selasa akhirnya menjengukkan diri.
Menyimpan barang2 yang dibeli untuk anak2. juga untuk suami aku tidak lupa. Aku harap dia juga begitu terhadapku. Semalam berbelanja di Sogo. Tapi berjimat2 kerana Afiq akan menjejak ke tahun 1 Sri Aman. Kena simpan badget agak besar untuknya. Aku yakin ini sebagai satu pelaburan yang tidak merugikan _ tijarah lan tabur -.
Solat dhuha dan safar sebelum bertolak.
Selamat tinggal Pearl International Hotel. Selamat tinggal KL...

Tuesday, December 15, 2009

Monday, December 14, 2009

bahasa arab

Susahnya menerbitkan rasa cinta pelajar kepada bahasa arab

Bersama anak2 tercinta

Menyusuri cuti panjang ini, aku telah cuba bersedia sebaik mungkin. Memanafaatkan masa berkualiti untukku menambah akaun ibadatku - aku berazam untuk menghabiskan 30 juzuk al quran, cara paling mudah tentunya setiapkali usai solat fardu - sekurang2nya 4 mukasurat alquran perlu kuhabiskan. Bermakna dalam sehari aku dapat membereskan satu juzuk dan dalam masa sebulan tentunya 30 juzuk al quran.

Mengatur diri sendiri berbunyi agak mudah.

Bagaimana dengan anak2ku? Ada 3 orang lagi yang masih di usia mentah. 2 di sek rendah masing2 tahun 4 dan 5 ( tahun ini ). Dalam beberapa hari lagi, akan melangkah ke tahun 5 dan 6. seorang lagi yang bongsu, akan menjejak ke tahun 1.3 orang inilah permata hatiku, agak nakal, banyak kerenah, susah dilayan berbanding dengan 4 orang yang sudah agak dewasa. Mungkin aku sedikit lelah kerana mamahan hari2 pertengahan 40an ini . Kadang2 pening berpusing2 meladeni telatah mereka.

Hari ini berjanji untuk membawa mereka ke splash water. Bertolak lepas asar tapi kemeriahan sudah berbahang sejak jam3 sebaik aku pulang dari sekolah kerana ada kelas tambahan untuk pelajar ting 4. Masing2 sibuk mengemaskan baju persalinan dan kain tuala selepas mandi dalam beg masing2.

Kemeriahan begitu hangat terasa. Dalam setiap luahan kata, tingkah dan rasa. Solat asar pun tidak terlengah seperti biasa. Aku yang lelah setiap saat hari ini berbaur hiba. Antara keinginan memenuhi setiap keperluan mendidik anak2 dan keletihan di usia arba`in ini. Ya Allah berilah kekuatan pada hambaMu ini.
Sambil memerhati mereka bermain air di dalam kolam, sejenak aku teringat sabda Rasulullah saw bermaksud :" Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah ". Sementara dalam isnad yang jayyid pula, Junjungan saw bersabda yang maksudnya : " Segala sesuatu dengan tidak menyebut nama Allah, maka ia adalah senda gurau belaka kecuali 4 perkara iaitu berjalannya seseorang diantara 2 tujuan ( untuk memanah ), latihannya dalam menunggang kuda, bermain dengan keluarganya dan belajar renang "
Kepada ibu2 mahupun bakal2 ibu, ketahuilah tanggungjawab kita untuk memberi pendidikan yang terbaik pada anak2 kita. Berilah peluang untuk mereka bermain melekakan diri melepaskan lelah menguatkan otot dan minda agar lahir nanti generasi mukmin yang kuat fizikal dan kejantanan mereka melepasi segala kekuatan jahat jahiliah .

Wednesday, December 9, 2009

mengharungi hidup

cuti persekolahan hampir 3 minggu berlalu. Selain kesempatan menyambut ied korban - aku berpeluang menyempurnakan hasrat untuk berkorban melalui program korban anjuran jim - harap2 dapat disempurnakan di Palestin kerana pastinya tempat itu menjanjikan pahala yang berlipat gandanya - selain mengandungi serampang 2 mata - membantu meringankan penderitaan warga di sana.

Tuesday, December 8, 2009

Followers